kad jemputan
  • Home
  • Blog
  • kad jemputan

kisah menyayat hati Ibu buta yang menjual  empat anak

6/1/2013

1 Comment

 
Picture
Di Beijing: Seorang wanita China  buta mengaku telah menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kesusahan.

Di antara 2005 dan 2012 , wanita dari Shibei di Mianyang itu , Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.
Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan . Menurut Du , dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang .

“ Jika saya tidak buta, saya tidak mungkin akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain , ” katanya . Du berkata , dia tidak menjual anak-anaknya , tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan . Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.


“ Jika saya mampu , mestilah saya akan membesarkan mereka , tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak saya , ” katanya . Mendakwa tidak melakukan kesalahan , Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.


“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka , ” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan , manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka . “ Bagi orang miskin , kami menjual anak-anak untuk mendapat wang , ” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata , dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun .

Picture
DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya .
Sembilan tahun kemudian , dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.
“ Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin .

“ Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du .

Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran .

Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudianya, melahirkan anak kedua (perempuan ), Sun Miao . Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat .

Anak keduanya dijual pada harga ( RM1,261 ) pada 2005 . - lapor Daily Mail --kad jemputan

1 Comment
mdzu
7/27/2013 11:23:20 am

China bukan ada undang2 satu family satu anak saja ka? mcm mana dia buleh bela 2 anak.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Picture
    KOLEKSI GAMBAR KASIH IBU KEPADA ANAK

    Picture
    Pertandingan gambar terbaik dalam air 2013

    Picture

    Picture
    PRAMUGARI SELUDUP TIKUS DI DALAM SELUAR DALAM..

    Picture
    30 Benda Yang Dilarang Di Iran

    Picture
    BAKTI TENTERA KITA DI AFGANISTAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU

    Picture
    kisah sedih Ibu buta yang menjual  empat anak

    Picture
    Niat Nak lelaki Mencuri, Tetapi Lelaki Ini Dijadikan Hamba Seks

    Picture
    Senarai pondan yang tercantik dan tercomel di dunia ini

    Picture
    GAMBAR & INFO SEJARAH LENGKAP LAMBANG 'S' SUPERMAN SEMENJAK 75 TAHUN DULU SEHINGGA SEKARANG

    Picture
    (Gambar) Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008

    Archives

    July 2013
    June 2013
    May 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.